Mari kita berkongsi tip menjaga kesihatan cara Rasulullah. Menjaga kesihatan adalah sangat penting dalam hidup kita seharian. Dengan menjaga kesihatan akan membuatkan hari-hari kita sempurna dan selesa serta bebas dari penyakit. Oleh itu saya ingin berkongsi sedikit tips disini:-
# Beribadat malam, kesegaran udara awal pagi(sebelum subuh) dapat menjadi terapi penyakit Tibi dan ia turut memperkuatkan minda.
# Rasulullah sentiasa rapi pada setiap Khamis dan Jumaat dengan memakai wangian, bercukur dan memotong kuku.
# Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang, jika berlebihan akan memudaratkan kesihatan dan mendatangkan penyakit.
# Gemar berjalan kaki: Baginda selalu berjalan ke masjid, pasar, medan jihad atau mengunjungi rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori tubuh terbuka dan peredaran darah lancar. Ia mampu mencegah penyakit termasuk jantung.
# Kawal Amarah, Dalam sebuah hadis, seseorang berjumpa Rasulullah dan meminta apa-apa nasihat daripada baginda. Baginda berkata ‘jangan marah’, dan apabila diminta lagi nasihat seterusnya, baginda hanya mengulangi ‘jangan marah’. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan manusia bukanlah terletak pada jasad fizikal semata-mata tapi juga kesihatan jiwa dan mental.
# Sabar, Baginda adalah seorang yang paling sabar, optimis dan gigih: sikap ini akan memberikan impak positif terhadap psikologi manusia.
copied from AMMAR BLOG
05/10/2012
No comments:
Post a Comment